Thursday, May 24, 2012

My PJ Dawn 2012

Ni wajah2 suci sebelum berlari... (bawah sikit takleh tengok, seksi uols)

Assalamualaikum

Lama dah saya tak menulis sesuatu di blog peribadi saya ni. Sibuk kaedahnya, dengan bebanan kerja, dengan tuntutan menulis, dengan latihan lagi, dengan kelas memasak. (Eh, sejak bila aku mengajar kelas memasak, gasaklah)

By the way, saya nak beritahu yang saya ade hobi baru. Bagi pengikut saya di laman facebook, mesti sudah tahu yang saya sudah berjinak-jinak dengan aktiviti larian. LOL, dulu dok panjat bukit sana sini. Sekarang dok lari marathon plak. Sebelum ni segan nak bercerita, yerlah 10km tu consider fun run saja. Sekarang ni dah masuk Half Marathon, bleh la riak sikit. Ye tak?

After the race


Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan larian 21km dalam masa  Gun Time 2:35:53.0, Chip Time 2:34:41.5, rank 507. Ok lah tu kan. Ni kali kedua aku join half marathon, InsyaAllah, Standard Chartered KL Marathon pula lepas ni.

By the way, many thanks to the coach yang conduct latihan untuk saya ye. Terima kasih banyak-banyak. Belum mampu nak join full marathon. InsyaAllah, akan ade rezeki ke arah itu.

Nota kaki: kalau aku duduk KL, mesti aku join event every week.

Tuesday, January 17, 2012

Membuat Tepung Naik Sendiri

Sebelum mula memasak atau mula membuat kek, kita mesti sediakan bahan-bahannya bukan. El belum sempat lagi nak mula membuat kek or biskut or kuih. Jadi mari kita menyediakan bahan.

Membuat Tepung Naik Sendiri? Boleh ke Daddy?

Campurkan 1 1/2 sudu kecil baking powder dan juga 1 sudu kecil garam ke dalam setiap cawan tepung. Tadaaa, siap dah tepung naik sendiri kita. Ceh, macam dah boleh makan kan. Ok, jumpa in next posting @ Resipi. Selamat mencuba.

Thursday, January 12, 2012

Tahun 2012, Daddy Can Cook Maybe?

Sedar tak sedar, dah tahun 2012 ghupanya ye. Omakaih, ingat muda lagi. Dah nak masuk 30 dah aku tahun ni. Tak mengapa, saja ngupdate 12.01.12 jam 12.01pm. Keji kan. Haha, tahun ni tak ada apa-apa resolusi rasanya, fokus kerja dan menyambung apa yang telah tertangguh.

Resolusi blog, ingat nak tukar style menulis blog kepada something interesting. Such as motivasi, parenting tips atau siapa tahu saya akan berkongsi resepi dengan semua orang di sini. Ok ok, mari kita bagi teaser sikit.

Membuat Serbuk Penaik Sendiri?

Anda boleh membuat serbuk penaik anda sendiri dengan menggabungkan 1 sudu besar bikarbonat soda bersama 2 sudu besar krim of tartar. Ia sesuai untuk penghidap seliak yang tidak boleh mengambil gulten ejen. Berhati-hati apabila membuat sukatan kerana terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh mengganggu keseimbangan resipi.

Selamat mencuba ya.

Nota kaki: Seliak (Celiac) adalah sejenis penyakit yang jarang sekali ditemui di Malaysia atau Asia, kebanyakkannya kes di Amerika Utara, boleh google kalau nak tahu lebih lanjut...

Wednesday, December 28, 2011

Dentuman Rasa: Diam itu lebih baik dari bersuara

Aku membuka pesanan ringkas yang masuk ke dalam peti simpanan khidmat pesanan ringkas telefon bimbit murah milikki.


'Aku tak kisah kalau kau dah tak mahu kawan dengan aku. Aku pun tak tahu apa si bedebah tu dah hasut kau sampai kau boleh lupa kawan. Aku dengan kau dah lama kawan, sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tapi aku tak faham kenapa kau buang aku macam ni.’ Keras bunyinya.

Aku mengeluh kecil. Tidak pernah sama sekali aku ingin menghancurkan sillaturrahim yang telah terbina sekian lama. Tetapi akibat fitnah manusia, aku yang terkena akibatnya. Perlahan-lahan, aku menekan papan kekunci telefon bimbitku, menaip bait-bait kata yang aku harap tidak akan mengecilkan hati sahabat aku.

‘Aku tidak pernah sama sekali membuang kau dari hidup aku. Aku Cuma berdiam diri. Diam adakalanya lebih baik dari berkata-kata, menafikan sesuatu yang tidak benar memang terlalu sukar untuk membuat orang percaya walaupun bersumpah dengan nama Allah. Dalam diam itu, aku yakin satu persatu kebenaran akan muncul di depan mata kau dan gunakanlah akal kau untuk menilai sesuatu. Bukan menggunakan perasaan dan nafsu.’ Aku membalas pesanannya dengan nada yang aku rasa sungguh lembut, seperti air yang bisa memadamkan api kemarahan yang sedang marak.

Aku mematikan telefon bimbit aku dan memasukkannya ke dalam poket seluar jeans aku yang sudah lusuh. Mesti akan ada lagi pesanan-pesanan bertubi-tubi masuk ke peti simpanan.

Kelihatan bas Metro bernombor 16 sedang menghampiri. Aku terus menahannya, tetapi pesanan ringkas yang aku terima akan menghantui aku sepanjang hari. Mungkin akan hilang esok. Mungkin…

Friday, December 23, 2011

Dentuman Rasa: Usaha

“Kau menyesal dengan apa yang kau ada?” Aku merenung tajam ke dalam matanya.

“Tidak.”

“Jangan pernah menyesal, kerana apa yang kita miliki ini tak akan berkekalan. Allah itu Maha Adil. Tak semua di dunia ini kita akan dapat. Hatta harta dunia pun di bahagi-bahagi seadilnya.”

“Itu aku tahu.”

Dia menyandarkan bahunya ke dinding sambil duduk bersila di ruang tamu rumah bujang yang tiada berperabot.

“Habis tu apa yang kau kecewakan.”

“Aku kurang berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.”

“Apalah kau ni, itu pun takkan nak kena ajar. Kau patut tahu bukan, setiap usaha itu akan menerima balasan yang setimpal.” Aku mula membebel.

“Aku juga tahu itu.”

“Habis tu?”

“Aku mengantuk, mahu tidur.”

Dia bangun dan berjalan melepasi aku menuju ke kamar tidur rumah bujang di bahagian hadapan. Aku menjengah jam, sudah menghampiri 3.00 pagi. Aku menggelengkan kepala. Tanpa aku sedar, aku di bawa merewang oleh masa ke daerah-daerah yang tiada faedahnya. Seharusnya aku lebih menghargai masa yang singkat ini.

“Astagfirullahalazim…”

Wednesday, December 21, 2011

Dentuman Rasa: Belajar

“Kau dah habis belajar?”

“Belum.”

“Bila habis?”

Aku diam, menguis kuku-kuku yang semakin menampakkan proses penuaan. Aku diam seketika membuat dia termangu menanti jawapan aku.

“Mati pun masih perlu di ajar. Inikan pula hidup yang pendek ini.”

Aku sekadar menyengih membalas senyumnya malu-malu.

Friday, December 09, 2011

Restu, Apalagi Salam Cium tangan

Hari ini tiada ilustrasi ya, Maaf

Saya sangat suka berceloteh kan. Sambil-sambil menasihat orang. Haha, oklah. Tambah lagi. Mari kita membebel lagi. Eh salah. Mari kita tambahkan ilmu dan perbaiki diri.

Dah sarapan, dah baca Al-Quran, dah bagi rezeki yang halal tu. Bagi restu kat anak nak pergi sekolah. Bukan susah pun nak bagi restu kat anak ni. Salam, suruh dia cium tangan, cium pipi kiri kanan, last sekali cium dahi. Nampak macam benda tu tak adalah besar sangat. Tapi memberi impak yang besar kepada anak-anak ketika mereka mula melangkahkan kaki keluar dari rumah hingga masuk semula ke rumah.

Janganlah pula, “Anakku, sarapan dah tersedia. Nanti jangan lupa sarapan. Duit belanja ada atas meja depan TV. Mak dengan abah nak landing kejap. Masuk kerja pukul 9. sekarang baru pukul 6.45.”

Kesian anak tu kan. Jadi nak sambung bangkong (bahasa jawa yang maksudnya tidur sampai matahari naik) sampai pukul 12 baru nak masuk office pun tak apa. Janji beri restu pada anak-anak. InsyaAllah, senang ilmu diterimanya.

Ada lagi ke tipsnya lepas ni. InsyaAllah. Ada lagi. Sikit-sikit kita belajar. Lama-lama, banyaklah yang kita boleh amalkan. Tak susah nak buat, tapi berat pula nak amalkan bukan. Amin, semoga kita semua mendapat rahmat dunia dah akhirat.

Wednesday, December 07, 2011

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan

Sambungan ceramah maal hijrah...

Gambar ini diambil di http://sixthseal.com/



Maka Ustaz ini menyambung, sumber rezeki yang halal memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Percayalah, berilah anak-anak kamu sumber rezeki yang halal, nescaya teranglah hati anak-anak kamu. Maka ustaz ini berkongsi cerita ketika forum berlangsung. (Ustaz ini adalah seorang pakar motivasi dalam mendidik anak-anak).

Ada seorang kanak-kanak yang telah hadir selama 3 hari 2 malam untuk kursus motivasi yang dianjurkan oleh ustaz ini. Maka pada hari terakhir sebelum pulang ke rumah masing-masing, Ustaz ini telah mengambil sebatang pen dan kertas dan memberi kepada setiap peserta. Sessi ini cukup mudah, peserta-peserta diberi masa selama lebih kurang 15 minit untuk menulis segala apa yang telah dipelajari sepanjang kursus motivasi sekurang-kurangnya 10 ayat.

Maka semua pelajar ini mula menulis apa yang telah dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Sambil berjalan-jalan, tiba-tiba matanya tertancap kepada seorang kanak-kanak. Masa sedang berjalan dan tinggal lagi 5 minit. Lalu dia menghampiri kanak-kanak itu dan berkata, “Tulis sahaja apa-apa yang kamu pelajari sepanjang tempoh ini.” Kemudian dia meninggalkan kanak-kanak ini dan seterusnya melihat hasil-hasil ilmu yang telah peserta-peserta ini perolehi.

Dua minit sebelum masa tamat, dia menghampiri kanak-kanak itu semula dan melihat pada kertas kanak-kanak itu. “Astagfirullahalazim, kenapa kamu tidak tulis lagi? Tulislah, dah tinggal dua minit ni. Dua ayat pun jadilah.” Lalu dia pergi meninggalkan kanak-kanak itu semula.

Beberapa saat sebelum tamat, dia menghampiri kanak-kanak itu semula. Maka dia pun bertanya kanak-kanak itu. “Kenapa tidak tulis, sikit pun kamu tidak mendapat apa-apa manfaat di kursus ini?” Kanak-kanak itu hanya menggelengkan kepalanya. Nyata, hanya kertas kosong sahaja yang dihantar. Dia tidak menerima apa-apa manfaat dari kursus itu.

Maka soalan pertama yang keluar dari mulut ustaz ini, “Ayah kamu kerja apa?”. Maka kanak-kanak ini pun nyatakanlah kerja ayahnya (saya tidak mahu menyatakan kerana takut ada sentimen jawatan pula walaupun hanya segelintir mereka yang berjawatan sedemikian terlibat). MasyaAllah, maka Ustaz ini dapat mengagak apa yang si ayah ini sudah buat terhadap sumber rezekinya. MasyaAllah, si Ustaz ini menangis.

Maka ustaz ini berpesan sebelum mengakhiri ceramahnya, carilah rezeki yang halal. Kerana setiap rezeki yang kita semua cari, maka kesannya akan terserlah pada anak-anak.



Nota kaki: Semoga kita mendapat manfaat kepada setiap penyampaian ustaz ini. Sekian

Tuesday, December 06, 2011

Qatar World Cup 2022

Mengikut email yang telah dipanjangkan kepada saya, ini adalah illustrasi artist pelukis yang melakarkan lakaran stadium-stadium yang bakal beroperasi bersempena dengan World Cup Qatar 2022. MasyaAllah, cantik-cantik. Kalau menjadi satu kenyataan, satu lagi kehebatan bidang kejuruteraan nampaknya. Tapi belum pasti dengan kemajuan teknologinya. Kita doakan yang terbaik.









Wednesday, November 30, 2011

Mendidik Anak-Anak: Mulakan Hari Dengan Penyucian Hati

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirahim...

Sambungan ceramah bersempana dengan sambutan Maal Hijrah...

Kemudiannya sahabat ustaz ini menyambung yang dia akan memastikan anaknya mengaji Al-Quran walaupun sekadar seayat sebelum ke sekolah. MasyaAllah, mudah betul tipsnya ini. Katanya, walaupun sekadar sepotong ayat pertama surah Al-Baqarah (ayat paling pendek), memadailah.

Al-Quran ini penyuci hati. Jadi segala kekotoran hati akan dibersihkan dengan pembacaan Al-Quran. Jadi anak-anak ini akan memulakan hari mereka dengan hati yang bersih. Bila hati mereka bersih, maka senanglah mereka untuk menerima ilmu yang diajar oleh para gurunya. Alhamdulillah, resepi kejayaan anaknya telah dikongsikan.

Selain lengkapnya solat lima waktu mereka yang kita harus jaga sebagai ibu dan bapa mereka, inilah salah satu tips untuk mereka berjaya dalam hidup.

Tak susahkan. Tambah sahabat ustaz ini lagi. Tidak perlu lama pun hendak membaca Al-Quran itu. Apa yang penting, hati mereka tercuci dengan membaca Al-Quran.

Tetapi ini bukan sahaja dipraktikkan untuk anak-anaknya sahaja. Nanti suruh anak mengaji, tetapi bapanya menonton TV pula. Haish, kepimpinan melalui tauladan kan. Jadi, betullah kata pepatah, “Bapa borek, Anak rintik.”

InsyaAllah, kita semua akan menuju ke jalan yang diredhai, bahagia di dunia dan di akhirat. Owh, belum tamat disini. Ada lagi yang saya ingin kongsikan.

Nota kaki: Tak susah nak buat, tapi syaitanssss yang menggoda tu ramai bebenor. (plural s tu banyak gile)

Tuesday, November 29, 2011

Mendidik Anak-anak: Sarapanlah sebelum ke Sekolah

Nasi lemak kopi O, bestnya rancangan ni. Saya sukalah

Sambungan ceramah Sambutan Maal Hijrah…

Menurut Ustaz yang menyampaikan ceramah itu juga. Dia mengenali seorang sahabat yang semua anaknya Berjaya. Semua keputusan peperiksaan anak-anaknya cemerlang. Lalu dia bertanyakankan kepada sahabatnya itu, bagaimana anaknya boleh bijak-bijak belaka.

Dengan rendah diri, sahabatnya berkata. “Tiada apa rahsia yang aku simpan Ustaz. Semua itu rezeki.” Tetapi si sahabat ini menyambung dengan berkongsi beberapa perkara yang diwajibkan untuk anaknya sebelum ke sekolah.

Pertamanya dia akan memastikan anaknya bersarapan sebelum ke sekolah. Mendapat minuman air panas dan juga makanan yang berkhasiat memastikan anak-anaknya kenyang.

Segelintir ibu-bapa kini sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk menyediakan sarapan pagi. Maka tambahan wang saku untuk anak bersarapan apabila tiba di sekolah akan diberi. “Nak, ni untuk beli sarapan sampai sekolah nanti. Mak tak sempat nak sediakan sarapan.” Lalu dihulurkan wang RM5.

Setibanya disekolah, jam menunjukkan hampir ke 7.30pagi. Perut si anak ni pula sudah mula lapar. Maka masuklah dia ke kelas tanpa bersarapan. Tanpa sempat membeli makanan, loceng besar sudah dibunyikan menunjukkan sesi pembelajaran bermula.

Dalam kelas, perut lapar, dalam kepalanya mesti teringat makanan yang tak sempat dibeli dikantin. Tengok muka guru yang mengajar pun dah macam rupa burger agaknya. Tengok tulisan-tulisan di papan tulis dah macam mee goreng yang penuh dengan udang. Jadi anak-anak ini terkesanlah akibat tidak bersarapan. Hilang fokus. Fikirannya pula sentiasa berkocak menanti loceng waktu rehat walaupun masanya masih panjang untuk loceng itu dibunyikan. Kasihan si anak.

Apabila loceng menandakan waktu rehat dibunyikan, anak ini meluru ke kantin sebab lapar. Membeli makan seperti semalam tak makan langsung. Maka perutnya akan penuh dan kenyang perut pun senang hati. Betul tak? Memang sangat senang hati. Duit mak ayah bagi, perut pula kenyang.

Sampai di kelas, dengan perut kenyang, anak ini akan melawan pula. Melawan apa? Syaitan mengantuk pula. Matanya macam nak digam-gam mengantuknya. Ada yang sampai terlena di atas meja. MasyaAllah, kasihan mereka ini. Jadi apa yang mereka belajar seharian. Pagi asyik fokus dengan makanan, selepas waktu rehat fokus melawan mata yang mengantuk.

Jadi sebagai ibu bapa, sediakanlah sarapan. Walaupun sekadar roti sekeping dan segelas air panas ya. Amin. Tapi bersarapan ini bukan khas untuk anak-anak sahaja. Untuk semua orang ya. Nanti dikatanya sarapan untuk anak sahaja. Ada ke patut. Ni untuk semua oranglah. Contoh yang diambil kepada anak-anak. Nanti akan saya tambah lagi tips yang saya dengar ketika ceramah itu.

Nota kaki: Bukan mudah menjadi ibu bapa rupanya untuk mendapat anak yang cemerlang.

Monday, November 28, 2011

Air, InsyaAllah Ubat Yang Paling Murah dan Mujarab

Minum air dengan banyak

Sempena sambutan Maal Hijrah 1433, saya berkesempatan untuk mendengar ceramah sempena Maal Hijrah. Saya ingin berkongsi mengenai ubat paling murah. Maaf, saya lupa nama panel Ustaz yang member ceramah itu. Pada saya, apa salahnya berkongsi ilmu yang kita dapat untuk manfaat oranglain. Ya tak...

Menurut pengalamannya, seorang pesakit kanser telah menemuinya dan telah diberi petua ubat paling murah ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Penyakit kansernya sembuh. Tiada sel kanser lagi. (Lebih kurang begitulah ceritanya.

Jadi dia mengatakan, ubat ini murah dan mudah. Pertama sekali yang perlu anda ada adalah satu gelas dan air suam. Pagi-pagi, bangun saja dari tidur, amalkan minum 5-6 gelas air suam (sambil bersalawat) dan ianya mesti dilakukan sebelum anda menggosok gigi dan juga sebelum berkumur-kumur. Air liur kita ni mempunyai nilai perubatan katanya. InsyaAllah katanya, selepas 10 minit akan terasa mahu membuang air besar. Tetapi untuk permulaan, kalau tak mampu sehingga 5-6 gelas, 1 gelas pun cukup.

Relevennya, kalau kita nampak longkang di rumah kita tersumbat, kita akan menjirus dengan air yang banyak. Kadang-kadang sampai 10 baldi. Banyak betul. Begitu juga dengan badan kita, kita jirus dengan air suam yang banyak. Segala toksin dalam badan akan keluar daripada badan dan kita akan merasa sihat.

Malam pula sebelum tidur, memadailah dengan segelas air. Nanti ngompol pula kalau minum banyak air. (Selorohnya). Amalan ini mestilah dilakukan hari-hari, InsyaAllah tiada kos yang tinggi, hanya dengan beberapa gelas Air suam. Jangan lupa tawakal dan berdoa supaya diberi kesihatan sentiasa kerana semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah.




Nota kaki: nanti akan share lagi isi kandungan ceramah itu yang mana saya ingat ya. Untuk peringatan diri saya juga.

Friday, November 25, 2011

Kelemahan Vs Kekuatan

Gambar ini tiada kaitan dengan saya, saya tak hensem



Kehidupan seharusnya menjadi lebih baik.

Aku selalu berfikir negative sejak kecil. Kenapa aku tak pandai macam pakcik aku or even adik aku. Selalu aku fikir kenapa aku tak kuat lari macam jiran aku. Perkataan “Kenapa” selalu bermain dalam fikiran aku.

Tapi bila aku mula memperbandingkan diri aku dengan orang lain menggunakan perkataan kenapa. Aku mula sedar yang aku hanya membuka semua kelemahan diri aku sehingga aku melupakan kekuatan-kekuatan yang ada dalam diri aku.

Sebagai contoh, aku mungkin tak pandai dalam semua matapelajaran, tapi ada matapelajaran yang aku boleh target untuk menuju cita-cita aku. Aku mungkin tak kuat berlari, tapi bila aku bercakap, mak ai. Lajunya kalah suara bertih jagung meletup. Tu mungkin antara sekelumit kekuatan yang menjadikan aku lebih kuat untuk meneruskan hidup.

Tanpa perlu menjadi orang lain. Kita seharusnya menjadi diri kita sendiri. Selalu kita dengar orang bagi nasihat, “Be yourself”, dan aku selalunya membalas dalam hati. “How?” perkataan ni selalu bermain dibenak fikiran aku bila disuruh menjadi diri sendiri.

Ok, aku rasa this how to be ourselves (Simple examples)

Cari kualiti diri yang kita ada dan manfaatkan segala kelebihan yang kita ada dalam segenap ruang hidup kita. Sebagai contoh, kalau anda mempunyai keyakinan yang tinggi. Gunakan keyakinan itu dalam segenap ruang hidup anda. Jangan over confident pula dah la ye. Nanti orang menyampah. Biasa-biasa sudehhh...

Kelemahan diri anda yang anda temui atau discover kata omputih, itu adalah keunikan diri anda, gunakan sebaik mungkin dan jadikan ia satu keunikan yang tidak ada pada oranglain. Sebagai contoh, aku akan menggeletar kalau bercakap dikhalayak ramai. Unikkan menggeletar anda dengan movement. Kire enhancekan kita punya pergerakan la, bergerak sana sini. Mesti kurang nampak menggeletar tangan kan. Haha padahal menggeletar satu badan sudeh

Ini Cuma sebahagian contoh la. Banyak lagi. Aku tanaklah menunjuk sangat. Nanti korang tahu kelemahan aku. Hiks. Till then. Nanti aku share lagi. Tapi ingat, jangan sengaja cari kelemahan orang lain. Tak baik ok.

Thursday, November 24, 2011

Harimau Muda: Kekalahan Anda Kami Memahami


Mungkin ramai yang kecewa dengan kekalahan skuah Harimau Muda untuk kelayakan olimpik 2012 malam tadi yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Skuad Harimau Muda tewas kepada pasukan Syria dengan jaringan 0 berbalas 2.

Saya melihat kekalahan ini dari sudut yang positif. Ada yang mengatakan mereka masih lagi berseronok-seronok dengan kemenangan pingat emas di Sukan Sea Palembang 2 hari yang lalu. Haish, manusia… Saya percaya mereka masih lagi keletihan berada di padang lebih dari dua jam pada dua hari yang lepas. Sedangkan saya sejam berada di padang futsal, seminggu sakit badan ok.

Keduanya, banyak tonggak yang belum pulih dari kecederaan. Haish, memanglah ni bukan alasan. Tapi kenalah faham kan. Mereka pun manusia gak, sekali-sekala jatuh sakit punya. Bak kata seorang doctor, dia pun manusia gak, ada masa akan sakit juga. Haha

Tahukah anda, mereka adalah skuad Junior yang rata-ratanya berusia antara 17-23 tahun. Haish, maksudnya ini adalah plan jangkamasa panjang untuk pasukan bola sepak Malaysia, dan saya yakin mereka akan meningkatkan mutu permainan mereka selepas ini.

Dan, saya amat kagum dengan penonton perlawanan bola sepak malam tadi. Yang mana, tiada rusuhan, pancaran laser (so budak2), upacara baling botol dan juga pembakaran mercun (Chinese new year kah?). Saya percaya penonton lebih bijak menonton perlawanan dan mengawal emosi mereka. Sekalung tahniah untuk skuad harimau muda dan juga untuk penonton.

Owh, Asyik cerita bola saja kan. Tapi tak apa, KFC sedap hingga menjilat jari… KFC tu adalah Khairul Fahmi Che Mat, jangan marah Apex. Cik Mala yang kuarkan statement ni. Hiks


Nota kaki: Saya tetap dengan diri saya. Menang saya, kalah saya, saya tetap kena makan dan teruskan kehidupan.

Wednesday, November 23, 2011

Menang dipuji melangit, tetapi ingatkah ketika mereka dicaci?

Gambar di ambil dari Portal Sukan (klik)


Tahniah untuk pasukan Harimau Muda yang merangkul pingat emas terakhir untuk Malaysia dan mengekalkan reputasi selaku juara bertahan. InsyaAllah, semoga sukan sea yang akan datang ada rezeki buat kamu.

Saya rasa masih terbisik-bisik seluruh pelusuk Negara membicarakan kehebatan anda. Alhamdulillah, itu semua atas usaha anda yang tidak pernah kenal erti patah semangat. Saya yakin, laluan anda masih panjang. Bukan mudah untuk kekal di atas.

Saya masih teringat lagi skuad sukan sea sebelum menjadi juara di sukan sea edisi ke 25. Semua memandang rendah terhadap anda. Saya merasakan pemergian anda ketika di sukan sea Vientiane ketika itu tanpa sebarang harapan. Haha… manusia…

Bila dah menang begini, barulah memandang tinggi. Masa tewas dengan Singapura sewaktu kelayakan Piala Dunia, diberikan kata-kata semangat, “I’m proud of you”. Tapi mesti semua orang lupa tohmahan yang diberikan sebelum semua itu kan. Haha… manusia...

Tapi apa pun, saya bukan nak menghengtam sesiapa pun. Saya pun manusia yang mungkin juga tergolong dalam golongan manusia yang saya maksudkan. Mungkin penghinaan dari hati saja. Owh, sebelum tu. Persatuan Sepak Takraw Malaysia, bersedialah untuk menerima nasib yang sama ya.

Buat pemenang pingat emas sukan sea, tahniah kami rakyat Malaysia ucapkan. Buat yang tidak Berjaya, seperti skuad karate, Farkhan (kekalahan penuh kontroversi), adat bertanding.

Nota kaki posting: Sayang sekali Daniel Bego tidak dapat bertanding, sudah takdirNya.